Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?
Alhamdulillah selesai urusan pemeriksaan kereta Persona aku di Puspakom. Jadi, aku nak kongsi serba ringkas prosedur inspection Puspakom yang orang risau sangat ni. Aku sendiri pun banyak fikir sebelum selesai urusan inspection ni. Bukan aku je risau, owner asal kereta aku pun risau. Takut gagal.
.
Korang pun mungkin ada perasaan sama dengan aku. Lebih lagi untuk korang yang memang tak pernah tengok rupa dalam Puspakom tu. Tak boleh nak jangka keadaan pemeriksaan tu macam mana. Jadi korang boleh tengok gambar bawah ni. Memang sama sebiji prosedur dan keadaan dalam tu macam gambar ni.
1. Apa yang korang perlu buat sebelum inspection?
Ada dua pilihan untuk korang yang nak buat pemeriksaan Puspakom ni. Pertama, korang boleh booking online sebelum pergi ke Puspakom. Atau korang boleh walk in saja ke PUSPAKOM.
Book Online: Boleh book di laman web : https://www.mypuspakom.com.my/
Kelebihan dia korang tak perlu tunggu turn lama sebab PUSPAKOM memang akan dahulukan orang yang dah book online. Pergi kaunter dan ambil no giliran saja.
Walk in: Boleh bawa kereta dan terus park kereta di kawasan ‘Walk in’. Kemudian pergi ke kaunter untuk isi boring dan tunggu giliran. Kalau ramai yang book online, memang kena tunggu lama sikit.
Aku pilih walk in saja sebab aku tak ada detail geran kereta untuk register online.
2. Macam mana flow pemeriksaan PUSPAKOM?
Korang boleh rujuk flow chart ni untuk gambaran apa yang akan berlaku semasa pemeriksaan PUSPAKOM. Apabila sampai giliran korang, boleh bawa kereta korang ke laluan kereta. Kemudian, pegawai PUSPAKOM akan suruh korang pergi buat pembayaran dulu sementara diorang buat inspection.
3. Berapa caj pemerikasaan di PUSPAKOM?
Untuk tukar pemeriksaan tukar milik, aku bayar RM31 saja. Untuk harga lengkap bagi inspection lain, korang boleh rujuk gambar di bawah:
4. Selesai urusan pembayaran, korang tunggu dalam 30 minit untuk siap urusan inspection. Kemudian boleh ambil kereta korang dan pergi park dulu. Sebab korang kena masuk dalam kaunter pembayaran tadi semula untuk ambil keputusan inspection kereta korang. Kejap ja. Dalam 10 minit dah siap result.
Selesailah urusan pemeriksaan PUSPAKOM untuk tujuan tukar milik.
TIPS:
1. Apa dokumen yang perlu untuk pemeriksaan PUSPAKOM?
Geran asal kenderaan korang.
2. Gagal atau Lulus kalau guna tinted kereta semasa pemeriksaan PUSPAKOM?
Lebih baik buka tinted untuk cermin depan dan cermin pintu depan. Pintu belakang boleh tinted. Unlimited dan lulus.
3. Perlu tak pergi buat pemeriksaan kereta di bengkel sebelum inspection PUSPAKOM?
Aku sarankan pergi kalau tak yakin kereta korang okay. Aku sebab jarang naik, jadinya aku memang pergi check dulu di kedai kereta sehari sebelum buat inspection.
Sekian saja. Semoga bermanfaat.



Comments
Post a Comment