Pengeluaran Khas KWSP-Perlu atau tidak? Jangan PENING!

Seperti yang semua orang sedia maklum tentang pengeluaran Khas KWSP yang akan mula dibuka -permohonannya 1 - 30 April 2022. Sedikit maklumat untuk yang berminat nak keluarkan caruman KWSP korang.





Pembayaran untuk permohonan khas pengeluaran KWSP ni adalah pada bermula 20 April 2022. Boleh raya sakan untuk tahun ni ya! Tapi..apakah mengeluarkan KWSP ni benar-benar perlu? Dan berbaloikah?






SEBELUM ANDA KELUARKAN KWSP:

Saya percaya mungkin hanya 20% antara kita yang benar-benar perlu untuk keluarkan KWSP ni. 80% lagi lebih kepada golongan ni:

1. "Macam mana kalau mati sebelum 50 tahun?"
2. "Macam mana kalau kerajaan makan duit kita?"
3." Ambil la bukan selalu dapat peluang!"
4." 10K boleh la buat beli gelang. Bila lagi nak beli?"
.
Betul ka ni? Hihi. Sebenarnya kita yang tak faham kenapa kita mencarum dalam KWSP. Tujuan Tabung Haji untuk pergi Haji. Tujuan tabung PTPTN untuk anak-anak sambung belajar. KWSP ni untuk tabung persaraan.
.
BUKAN TABUNG KECEMASAN! 
BUKAN TABUNG KECEMASAN! 
BUKAN TABUNG KECEMASAN! 
.
Kenapa korang pening ni? Lepas tu melompat-lompat suruh kerajaan bagi kebenaran nak keluarkan juga tabung ni. Jadi apa akan jadi untuk tabung persaraan korang? 
.
Percayalah, 90% generasi kita-ya! Kita yang golongan 27-45 tahun ni takkan ada wang persaraan yang cukup. Jadi apa plan korang?
.
Nak kerja sampai mati?
Nak harapkan anak?
Serius la?
.
Jangan emosi. Sebab tu pentingnya kita sedar dan jangan pening. Selama kita masih ada plan kewangan kita-buat apa saja. Peduli apa pendapat orang. Tapi untuk korang yang macam rasa tertampar tu-fikir semula,
,
10K KWSP tu patut kemana? Dah kalau nak keluarkan juga ni ada sikit info tambahan untuk persediaan nak keluarkan nanti. Dan mana yang mula tersedar dari pening-teruskan baca untuk tengok potensi duit ni beranak!





Macam mana nak bagi 10K ni beranak? Ada beberapa peluang best. Tapi janji! Bukan skim cepat kaya.
Ni skim lambat tapi trusted.

.
1. Peram dalam KWSP:

Dengan nilai asal dalam KWSP 36K dan potongan setiap bulan RM700. Selama 240 bulan dan estimate 5.5% interest. Korang akan bersara dengan 414K.


Tapi kalau korang keluarkan juga 10K. Korang akan mula hanya dengan 26K nilai awal dan hilang lebih kurang 30K selepas 240 bulan. 3 kali ganda duit yang korang keluarkan. Berbaloi ka?





2. Labur semula dalam unit trust

Pernah dengar pasal Unit trust Public Mutual? Kalau pernah dengar korang memang bagus. Tak pernah dengar pun bagus-boleh ja contact www.wasap.my/60143066747/HeloDuit kalau berminat.
.
Tapi ini sekadar pengiraan peluang apa lagi yang kita boleh buat untuk beranak kan 10K tu. Kalau 10K kita keluarkan dan pindahkan ke Unit Trust. 
.
Bermula dengan nilai awal 10K dan kita buat investment tambahan RM200 setiap bulan selama 240 bulan- akan ada tambahan RM226K kalau interest rate 10%. Ini minimum interest yang kita estimate. RM384K + RM226K! Amacam?


"Lala! Malas la nak tambah RM200 sebulan."
Ni kalau untuk orang malas. RM384K+RM73K. Tak menarik sangat. Tapi untung 63K daripada beli kereta la.




3. Beli emas

Ni paling panas sekarang. Semua nak beli emas. Berebut! Saya pun sama juga. Tapi kita kena faham, mana paling syok dan memenuhi keperluan kita.



RM10K korang boleh dapat berapa gram? Ini gram ikut harga hari ni 26 Mac 2022. Korang akan dapat 35.2g dengan duit KWSP 10K korang tu.




Dalam masa 10 tahun, kenaikkan estimate RM45 segram. Maksudnya korang akan ada RM11584. Untung RM1584. Untung la dari pergi travel.
.
.
Harap sedikit masa yang saya luangkan untuk tulis pandangan saya ni mampu membantu korang yang tengah pening nak pilih platform perlaburan mana. Ini memang fokus untuk Tabung Persaraan. Jangan Pening!
.
Share dengan kawan juga ya!

.

Tulus,

Lala Ashila




Comments