Kering Idea?Ini 3 Petua Selalu Kaya Idea Menulis Emel Follow Up!
Semua orang pandai menjual. Cuma ramai juga yang tersangkut pada ayat jualan. Tidak kiralah ayat jualan dalam ilkan post di Facebook, Instagram, Website ataupun rangkaian follow up emel. Masalah kita, tak pasti ayat apa yang mampu menarik minat pelanggan dan kurang mahir dalam pemilihan maklumat yang perlu dan tak perlu dalam penulisan kita.
Saya juga tiada kemahiran menulis ayat jualan--bukan bakat terpendam la kiranya. Tapi ilmu dan style penulisan saya telah terbentuk dengan pengaruh pembacaan dan perdedahan corak penulisan otai-otai bisnes yang saya follow.
Anda nak saya kongsikan 3 petua simple untuk kekal ada idea dalam penulisan. Cara ini mengambil sedikit masa untuk membentuk corak penulisan tetapi ianya kaedah yang PERCUMA dan lebih santai.
TETAPI.. kalau anda nak cara yang lebih cepat anda boleh cuba INBOXCASH!
Rasanya ilmu ini dah jadi tabiat ramai orang--sebelum tidur, tengah makan, dalam kuliah dan kadang-kadang dalam tandas pun kita masih sibuk scroll newfeeds. Apa kata anda gunakan masa terluang anda untuk membaca ayat-ayat jualan mereka di ruangan group iklan-iklan yang anda join. Melalui medium ini anda boleh tahu post ayat macam mana yang mendapat respon daripada pembaca emel anda.
Petua 2: Cari masalah dalam Surat khabar dan Majalah
Kalau anda penggemar membeli surat khabar atau melanggan majalan setiap bulan, anda boleh gunakan masa lapang anda untuk baca ruangan iklan. Cuba tengok masalah yang ada melalui medium ini supaya anda boleh jadikan bahan cerita untuk menarik perhatian pembaca. Masyarakat kita memang suka cerita yang viral--gunakan kelebihan ini untuk menulis emel kepada pengikut anda.
Kalau anda jenis suka membaca blog, cuba anda follow blog dari luar negara--tiru corak dan susunan ayat mereka. Cara ini dapat membantu anda bijak memilih maklumat yang perlu dan tak perlu dalam emel follow up anda.
Jika anda inginkan format penulisan yang lebih formal, anda boleh cuba rujuk FORMAT EMEL.

Comments
Post a Comment