Nak jadi sehebat Maria Elena?Ini 7 Tips Untuk Blogger untuk anda!
Saya sudah menceburi bidang penulisan blog sejak 2010. Cuma tahap fokus saya tidak terlalu serius dalam bidang ini. Kesibukan belajar dan aktiviti lain membuatkan blog lama saya terbiar. Jika anda berminat untuk menjadi blogger yang baik--ada 7 tips yang mampu membantu anda menjadi blogger yang dikenali seperti Maria Elena!
Tips blogger #1: Tulis Topik yang anda Suka!
Jika anda suka memancing, anda boleh kongsikan tips,trik dan pengalaman anda memancing. Jika anda suka membaca buku, anda boleh kongsikan review atau pengajaran yang anda dapat melalui pembacaan anda.
Penulisan anda akan menjadi lebih mudah dan menarik kerana anda sendiri akan teruja dengan apa yang anda kongsikan kepada lingkugan manusia yang mempunyaiminat yang sama. Saya sangat suka membaca--terutamanya topik-topik bisnes dan buku puisi. Saya pengemar hasil karya Wani Ardy dan Hlovate. Bagi anda yang bukan peminat buku, mungkin anda tidak mengenali mereka. Namun, ada kelompok yang mempunyai minat yang sama akan menjumpai blog saya kerana minat yang serupa.
Anda diber kebebasan sepenuhnya untuk menulis semua yang anda suka dan menarik pengikut blog anda. Jadi feel freeuntuk berkongsi minat.
Tips Blogger #2: Jadi berbeza
Sebagai blogger baru, anda perlu mencipta identiti anda sendiri bagi menjadi berbeza daripada blogger yang lain. Tidak perlu terlalu pelik,pada saya cukup sekadar anda menjadi anda sendiri. Cari rentak penulisan dan cara anda senidri. Ideologi dan pendapat sendiri juga boleh menjadi perbezaan yang menarik untuk anda kongsikan.
Tips Blogger #3: Tulis seperti anda bercakap.
Jika anda blogger baru yang masih gagap nak menulis, saya nasihatkan untuk anda menulis sama seperti anda sedang bercakap. Anggap saja ini adalah medium untuk anda bercerita cuma diterjemahkan dalam bentuk penulisan.
Jangan terlalu kaku dan formal dalam penyampaian. Jika anda jenis bercakap dalam ayat yang mudah dan pendek, boleh juga diguna pakai dalam penulisan blog anda. Tanpa perlu ayat yang panjang--ini juga mampu menarik minat pembaca.
Tips Blogger #4: Kuncinya--konten yang BAGUS!
Sebagai blogger and perlu banyak mengkaji dan membaca supaya anda boleh menulis dan berkongsi tips dan maklumat yang bagus untuk pembaca anda. Berikan lebih info dan tips supaya mereka suka mengunjungi blog anda. Kongsikan tips yang anda sendiri suka baca supaya orang lain juga suka membacanya daripada blog anda.
Tips Blogger #5: Kemahiran foto
Salah satu daya tarikan juga, anda boleh belajar untuuk berkongsi koleksi gambar yang menarik untuk post-post anda. Saya suka old foto.Macam vintage sikit. Dan kurang berminat dengan seni foto yang direct--macam selfie. Jadi saya banyak kongsikan gambar yang mempunyai seni-seni yang saya suka.
Tips Blogger #6: Kajian
Untuk mendapatkan konten blog yang bagus, anda perlu membuat kajian. Corak headline dan post macam mana yang akan naik dulu di dalam mesin carian Google. Melalui maklumat yang anda perolehi anda boleh faham penulisan macam mana yang bbagus untuk anda belajar dan cuba.
Tips Blogger #7: Tiru sampai Jadi
Saya suka menggunakan konsep mentor. Anda boleh pilih seorang blogger yang sudah pro dan luangkan masa lapang anda untuk membaca segala konten dan tips yang dia kongsikan melalui post-post beliau. Melalui ini anda boleh tiru cara penulisan beliau. Tapi saya tidak maksudkan untuk anda copy and paste ayat mereka tetapi anda hanya perlu belajar cara penyusunan dan timeline story mereka.
Tiru sehingga anda mampu menulis post anda tanpa merujuk kepada blog mereka lagi.

tq for sharing
ReplyDelete