9 Buah Buku Yang Mampu Ubah Kepercayaan Hidup Anda
Kalau anda seseorang yang sedang membina kejayaan dan perlukan lebih banyak sumber yang positif untuk membantu menjaga momentumsemangat anda,saya sarankan anda mulakan setiap pagi anda dan habiskan hari anda juga dengan membaca buku.
Buku memainkan perananpenting dalam proses membina diri seseorang dan membentuk kepercayaan yang baru juga. Jadi kesilapan dalam pemilihan bahan bacaan akan mendorong anda kepada kepercayaan dan sumber yang salah.
Sebab tu, kanak-kanak perlu dibiasakan dan dikawal setiap bahan bacaan yang mereka ambil kerana tahap penyerapan mereka lebih cepat. Selain itu melalui pembacan juga anda boleh mengetahui perjalanan dan teknik kejayaan orang-orang yang sudah berjaya tanpa perlu bersua muka dengan mereka. Lagipun terlalu kecil peratusan kemungkinan anda akan berjumpa dengan orang-orang hebat dan lebih susah untuk mereka kongsikan pengalaman mereka.
Jadi solusinya..bacalah buku tentang mereka dan segala keyakinan yang membentuk kejayaan mereka. Kalau anda masih belajar, peluang anda sangat bagus kerana banyak deretan buku di library yang tak bersentuh lagi. Boleh luangkan masa anda dengan membaca.
Saya senaraikan 9 buku yang saya percaya akan mengubah sudut pandangan anda mengenai kehidupan dan memberikan anda faedah daripadanya.
1. Dimana DIA dihatiku?--Pahrol Moh Juoi
2.The Success Principle- Jack Canfield
3. Unlimited Power- Anthony Robbins
4. Mudahnya Menjemput Rezeki-- Fathuri Salehudin
5. Eat That Frog--Brian Tracy
6.Anthem--Hlovate
7. Magnet kejayaan dan kekayaan-- Dr Azizan Osman
8.Jutawan Senyap--Chef Li
9. Awaken giant within-- Anthony Robbins
Ini hanyalah senarai pendek buku-buku kegemaran saya. Banyak lagi buku yang bagustetapi jika anda baru berniat memulakan amalan membaca ini--mulakan dengan buku-buu ini kerana minat akan lebih mudah terbentuk jika kita bertemu dengan pilihan yang terbaik.
Ingat satu perkara jika anda tak minat membaca tetaplah buat juga sebab..
"91% orang buat kerja yang mereka tak minat.Tapi tetap buat sebab mereka minat dengan hasil yang mereka dapat."

Comments
Post a Comment