Skrip Iklan Anda Berjaya Jika Ada 3 Benda ini!


Masalah yang selalu menganggu tidur para penjual Online adalah tentang persoalan-persoalan:

"Macam mana nak tulis ayat jualan?"
"Kenapa masih gagal dapat jualan walaupun ayat jualan dah berderet ditulis?"
"Apa yang pelanggan mahu baca?"

Persoalan terakhir itu yang anda patut fikirkan. Cari dan fokuskan pada HOT BUTTON pembaca. Ada pembaca tertarik pada 'HARGA PROMOSI'--sesetengahnya tidak. Ada pembaca terpikat dengan 'Buy1 Free 1'.

Ada pelbagai tawaran yang anda boleh gunakan dalam ayat jualan anda. Tetapi 3 akronim ini WAJIB menjadi fokus utama anda. Pembaca akan terus scroll newfeeds mereka dan ayat pertama yang anda guna akan menyebabkan mereka berhenti dan baca post anda.

1.Masalah

Saya suka tulis MASALAH yang pelanggan hadapi. Bilamana mereka tak mengalami masalah itu, mereka tak akan berhenti dan baca post kita.Melalui cara ini anda akan mempunyai potensi untuk memiliki prospek yang mempunyai peratusan tinggi untuk membayar kepada anda.

[Stress dengan masalah susah turun berat badan?]
[Pening hutang keliling pinggang?]
[Anda ada masalah jerawat yang kronik?]

Nyatakan masalah ppembaca dengan ringkas dan tepat.Pendek pun dah cukup.

2.Situasi

Sambung ayat jualan anda dengan membuat story telling tentang situasi masalah mereka.Dapatkan persetujuan pembaca biar sampai pembaca terasa anda sedang menulis tentang masalah mereka. Dan biar mereka rasa anda begitu prihatin dengan masalah mereka.

3. Penyelesaian

Kemudian,  berikan penyelesaian untuk masalah mereka dengan menawarkan kebaikkan produk anda. Jelaskan mengapa mereka perlu dapatkan produk anda. Dan tanamkan keyakinan pembaca yang produk anda adalah jalan terbaik untuk selesaikan masalah mereka.



Jangan berhenti.Jangan berhenti cuba mencari ayat jualan terbaik untuk memikat pelanggan anda.Semoga anda sukses selalu.




Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?