Suka baca Ebook?Ini 5 Store Ebook Pilihan Terbaik!


Bagi ulat buku yang memang suka membaca--ruangan untuk simpan buku-buku yang kita beli menjadi satu masalah yang susah nak selesaikan. Nak buang--sayang.Nak bagi orang--tak mampu.Nak simpan--tak cukup tempat. Kalau anda seorang pelajar,lagi rasa berat hati. Hostel bukannya macam bilik rumah sendiri.

Jadi, saya cadangkan kita belajar biasakan diri dengan trend membaca Ebook.Lagipun zaman sekarang, susah nak jumpa orang yang tiada Smartphone. Ada tu yang skrin sama besar dengan muka. Daripada sibuk scroll newsfeed Facebook,apa kata sebelum tidur kita biasakan diri baca ebook.

Lagi-lagi kalau tengah tunggu makanan atau bas.Kalau ada awek atau pakwe boleh la melayan tapi kalau jenis lone ranger ni--baik baca ebook daripada pishang sorang-sorang. Tambahan pula, harga ebook ni lagi murah dan senang bawa.Tak da la nampak nerd atau poyo sangat kalau-kalau kawan nampak anda tengah baca buku dalam bas. Sebab this is Malaysia.Mentaliti kita tak sama dengan budaya negara luar yang menjadikan membaca tu perkara yang normal.

1. Ashadee

Biasanya saya suka beli ebook di Ashadee.com . Banyak ebook yang bagus dan kebanyakkannya daripada penulis otai-otai bisnes kita juga. Tapi banyak ebook bisnes saja di Ashadee. Kalau anda berminat nak mulakan bisnes--sesuai la cari ebook di sini.

2. Books a million

Kalau rasa nak baca ebook English yang best-best,boleh cuba booksamillion. Memang terbaik ebook yang ada kat sini. Tapi memang untuk anda yang nak belajar bahasa Inggeris boleh cuba la banyakkan baca ebook macam yang ada di website ni.

3.E-sentral

Untuk ebook melayu yang best-best saya cadangkan e-sentral.Banyak juga pilihan yang anda boleh pilih.Harga pun okay juga. Rambang mata nak pilih yang mana dulu.

4. Ebook Sentral

Kalau nak cari ebook yang murah super duper punya, e-book sentral memang pilihan terbaik. Cuma kualiti ebook saya tak sure. Cuma dont judge a book by its cover la.Boleh try kalau nak tau macam mana performance ebook mereka.

5. Soka book store

Selain tu, soka book store pun best juga. Banyak koleksi yang menarik-narik saya nak beli.Nasib baik duit dalam Maybank dikosongkan--kalau tak saya beli dah hari ni.Haishh.





Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?