6 Tips Naikkan Jualan Di Fiverr


Kalau anda yang tak tahu nak jual apa di Fiverr, saya ada beberapa gig yang best untuk anda cuba. Pemilihan gig yang bagus menjadi salah satu perkara penting untuk menjana pendapatan di Fiverr. Berikut adalah senagai gig:

1. Design Logo
2. Design Banner
3. Design Landing page
4. Jual ebook
5. Jual tutorial
6. Jual software
7.Jual apps
8. Jual web design
9. Resell fiverr gigs
10. Bina dan edit video
11. Edit gambar
12. Gigs testimoni/video/audio
14. Gigs iklan
15. Gigs sosial media--servis naikkan like/naikkan follower






Bagi anda yang dah cuba menjual di Fiverr, tapi rasa macam susah sangat nak buat sale?Mungkin ada lagi tips yang anda belum cuba...jadi saya nak share Tips Naikkan Jualan di Fiverr yang boleh anda cuba. 

Tips 1: Tambah nilai

Sebagai penjual di Fiverr,anda boleh tambah nilai kepada gig anda. Cari kelebihan yang boleh anda tawarkan berbanding pesaing anda.

Contoh: Jika pesaing saya menawarkan servis yang sama tetapi dia boleh menyiapkan servis/kerja dia dalam masa 4 hari. Kelebihan untuk gig saya,saya boleh siapkan servis/kerja saya hanya dalam masa 1 hari saja. Kelebihan ini akan menarik banyak order berbanding penjual lain yang menawarkan deadline lebih lama.


Tips 2: Berikan fokus yang lebih pada persembahan gig anda kerana persembahan gig yang baik akan menambah kemungkinan untuk mendapat order yang tinggi. 

Tips 3: Kaji kelebihan pesaing anda dan berikan tawaran yang orang lain tak beri. Cari keunikkan yang anda boleh berikan dalam gig anda.

Tips 4; Pastikan setiap order anda diselesaikan dengan baik dan pembeli anda berpuas hati dengan servis anda. Prestasi anda sangat penting untuk menjadi testimoni servis anda. Sentiasa fokus pada kualiti kerja dalam setiap order anda.

Tips 5: Cuba untuk siapkan order dalam jangka masa yang paling singkat. Kerja yang cepat dan berkualiti akan menambah kelebihan untuk pelanggan anda yang seterusnya. Setiap pertanyaan pelanggan perlu dijawab dengan segera.

Tips 6: Promosikan gig Fiverr anda di ruangan media sosial lain juga akan membantu mendapatkan order. Anda boleh menulis tentang servis menggunakan beberapa teknik. Antaranya:

  • Group Iklan Facebook
  • Beli iklan banner di forum
  • Guna Google Ads
  • Guna Facebook Ads
  • Fanpage Facebook
  • Blog
Ini saja tips naikkan jualan di Fiverr untuk kali ni. Insya allah akan dikongsikan lagi nanti.SEmoga bermanfaat ye.


Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?