Apa itu Fiverr?Dan bagaimana cara untuk anda bermula?

Apakah itu Fiverr?

Fiverr adalah online market place yang menawarkan servis/barang dengan harga serendah $5 sahaja. Anda tak perlu bimbang tentang harga di Fiverr kerana memang semua servis yang ditawarkan hanya berharga $5 saja. Untuk anda yang tak tahu, Fiverr ni dah wujud sejak 2010 dan memang terkenal kerana memiliki pengguna yang mencecah jutaan orang menggunakan Fiverr untuk menjual dan mendapatkan servis yang diperlukan.

Orang menggunakan Fiverr untuk pelbagai servis yang berbeza. Contohnya, servis reka logo berkonsepkan gambar tumbuhan atau servis design banner. Jika anda mempunyai idea atau kemahiran yang boleh ditawarkan, Fiverr adalah tempat terbaik.



Cara bermula dengan Fiverr:

1. Anda boleh membuka akaun Fiverr yang sememangnya PERCUMA saja.  Klik Fiverr.
2. Senaraikan servis/produk yang anda nak jual. Senarai ini di panggil 'GIG' yang mengandungi semua maklumat tentang product dan servis yang anda tawarkan, cara pembayaran, tempoh untuk anda selesaikan kerja anda dan maklumat lain.
3. Tunggu order masuk.
4.Jika anda dah dapat order, anda boleh berkomunikasi denga pembeli anda melalui Fiverr. Selepas perbincangan selesai dan persetujuan diterima kedua-dua belah pihak order sudah boleh diproses. Apabila selesai, anda boleh hantar order anda kepada pembeli.
5. Selepas pembeli menerima order mereka, order anda akan dikira sebagai 'LENGKAP' dan Fiverr akan mula membuat pembayaran ke akaun anda.
6.Selepas 14 hari order anda ditanda sebagai lengkap, anda boleh withdraw duit anda daripada akaun Fiverr ke dalam akaun bank anda.




Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?