4 Langkah Mudah Tulis Cover Letter

Dah tahu macam mana nak tulis resume?Kalau tak tahu, boleh tengok RAHSIA RESUME KERJA. Selain itu, cover latter juga salah satu elemen penting untuk support resume anda. Cover latter ni macam peluang untuk anda tunjuk kemahiran lain yang anda ada untuk menambah sebab mereka menenrima anda untuk dapat jawatan dipohon.



Nak tahu macam mana tulis cover letter? Hanya perlu 4 langkah saja untuk menghasilkan cover letter yanng bagus:

Langkah 1: Pembukaan

Nyatakan pemohonan anda untuk jawatan yang anda pohon dan anda lihat iklan jawatan mereka dari mana. Jangan lupa sertakan nama dan alamat penerima. Sertakan maklumat anda juga seperti alamat dan no.tel untuk mudah mereka hubungi anda.

Langkah 2: Kenapa anda?

Perenggan pertama atau kedua, nyatakan kelebihan anda yang menjadi sebab anda sesuai untuk jawatan yang ditawarkan. Beritahu keistimewaan,  kemahiran dan kemampuan anda yang akan memberi kelebihan untuk syarikat mereka. Rujuk job description untuk memenuhi keperluan mereka dengan kelebihan yang anda ada.

Kongsikan juga pengalaman kerja anda sebelum ini dan segala aktiviti yang anda pernah buat. Tekankan tentang kemahiran bercakap, pengurusa masa, disiplin dan semangat motivasi semasa bekerja. Kelebihan seperti mudah berkerja secara sendiri/berkumpulan, boleh berkerja dalam tekanan dan lebih masa adalah antara keperluan bagi syarikat yang anda boleh tulis.

Langkah 3: Kenapa mereka?

Perenggan seterusnya, anda boleh ceritakan sebab anda berminat dengan kerja dan organisasi mereka. Kenapa anda memohon kerja dengan mereka? Nyatakan keistimewaan mereka yang buat anda tertarik untuk berkerjasama.

Langkah 4: Penutup

Penutup cover letter anda perlu kuat dan jelas. Maklumkan kepada mereka yang anda sangat mengharapkan maklumbalas yang positif daripada mereka.

Itu saja yang anda perlu tulis dalam cover lettter anda. Pastikan ejaan dan ayat anda betul supaya boleh menambah keyakinan mereka kepada anda.Selamat maju jaya!



Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?