8 Tips Promosikan Bisnes Anda Di Instagram
Selain daripada Facebook, laman sosial Instagram juga menjadi pilihan yang baik untuk mempromosikan bisnes anda. Tetapi, 70% penjual di Instagram masih juga tidak berjaya menggunakan medium Instagram untuk memperkenalkan bisnes mereka. Jadi hari ini, saya nak kongsikan tips untuk menggunakan Instagram bagi mempromosikan bisnes anda.
1. Buka akaun Instargam yang khusus untuk bisnes anda saja. Ini penting kerana pembeli lebih selesa dan suka mengikuti akaun Instagram yang khusus untuk bershopping.
2. Pilih nama akaun Instagram yang membawa brand atau bisnes anda supaya pengikut lebih senang mencari dan mengenali bisnes anda.
3.Lengkapkan profile anda. Pastikan anda meletakkan detail anda selengkapnya untuk memudahkan pembeli menghubungi anda. Selain itu,profile yang lengkap juga akan menambah keyakinan kepada anda. Anda juga boleh sertakan link website anda.
4. Connect akaun Instagram anda dengan akaun Facebook anda.Ini akan memberi peluang untuk menaikkan follower anda melalui rakan Facebook anda.
6. Jangan lupa untuk meletakkan # untuk setiap post anda supaya pengguna IG boleh menjumpai akaun IG anda.Pastikan anda memilih # yang berhubungkait dengan bisnes/produk/servis anda.
7. Gunakan # yang general seperti #kuih #kopi #bajumuslimah.Gunakan # yang trending seperti #diasemanishoney kerana potensi orang menjumpai akaun anda akan makin besar.
8. Cipta # contest. Buat satu contest/giveaway dengan # tertentu. # ini akan membawa pengikut ke akaun IG anda. Ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan akaun IG anda.
Kesimpulannya, banyak lagi tips menjemput follower ke IG bisnes anda yang boleh digunakan. Ini adalah 8 tips yang paling asas untuk anda praktiskan.
ps:Jika anda ingin tahu lebih detail STRATEGI LETUPKAN JUALAN DI IG--klik banner di atas sebelum link ditutup.
Comments
Post a Comment