Apa aku rasa lepas habis belajar di universiti?
Adik-adik yang belum habis belajar mungkin golongan yang patut baca perkongsian akak yang satu ni. Penulisan ni ditulis selepas 6 bulan aku habis belajar. Aku tak pasti cerita kita sama tapi kisah aku ini mungkin boleh dijadikan sebab untuk korang fikir lebih jauh daripada apa yang ada di depan mata.
Sebulan lepas final exam,aku pilih untuk cari duit.Kerja operator Bbraun.Operator je?Belajar tinggi-tinggi,kau jadi operator je?Tak nak cari kerja lain?Soalan-soalan yang sama terus masuk dan tersekat dalam kepala aku.Mulut yang bercakap langsung tak guna otak untuk faham dan tak guna hati untuk rasa.
Mungkin senyum dan diam saja cukup untuk memberikan jawapan bagi soalan-soalan yang aku sendiri tak cukup kuat untuk jawab.Bukan senang nak cari kerja.Hakikat.Adik-adik patut tahu sejak dalam universiti lagi.Jadi,belajarlah betul2.Jangan main2.Aku banyak main sedangkan aku tau,aku boleh dapat lebih daripada apa yang aku ada sekarang. Cuma aku yang salah memberi terlalu sedikit sampaikan aku sendiri malu nak minta Tuhan berikan lebih lagi.
Aku sedang kecewa sebab tak jadi engineer?Resume langsung tak diterima?Pointer tak cukup bagus untuk jadi engineer?Tak langsung.Sebab aku percaya,Allah ada jalan yang lebih baik.Mengaku aku salah sebenarnya sudah cukup untuk Allah bukakan jalan yang lain.
Satu pilihan terakhir aku adalah dengan menjadi BERANI dan KUAT.Ini satu-satunya cara untuk aku teruskan hidup.Aku gantungkan harap aku pada Allah. Semoga aku dapat sempurnakan segala perancangan untuk hidup aku seterusnya.
Mulakan sisi yang baru.Jangan pernah mengalah.Mungkin kau rasa jadi engineer tu cukup bagus untuk kau sampai satu masa kau terpaksa mengaku apa yang kau rasa bukan semuanya betul.Kepada korang yang sedang cari kerja.Tapi masih tak dapat.Masih menggangur.Tak tahu nak buat apa.Semua orang sibuk menunding jari tanpa niat menghulur tangan.Bangun!
Kita berhak bentuk hidup yang kita mimpikan.Jangan teruskan tidur untuk bermimpi tapi bangunlah untuk mengejar mimpi2 kita.Cari passion kau,buat sampai jadi.
Aku akan redesign untuk minisite Master Dropship Dalam 30 Hari . Aku pilih untuk fokus dalam penulisan ebook.Banyak lagi perancangan lain yang akan aku kongsi dari masa ke masa.Bukan untuk kau tahu,tapi untuk simpan cerita aku.
Gunung Baling,Kedah
24 Januari 2017
Penang
Lala Ashila

Comments
Post a Comment