Resepi Manggo Cheesecake



Saya share video makanan ni salah satunya memang saya suka makan.Tapi niat asalnya untuk bagi tau korang yang senang ja kalau nak mulakan bisnes.Tambah-tambah kalau boleh master salah satu resepi yang saya share.

Setakat ni saya rasa bisnes jual makanan antara niche yang paling best.Sebab orang Malaysia memang jenis kuat makan.  tak kiralah apa bangsa pun.Kalau nak try resepi ni boleh tengok video.Resepi ada kat bawah.Rajin-rajin la bookmark website kita ye.

Bahan-Bahan:

Mempelam
1 sudu gelatin powder
1 cawan air
2 sudu gula
1 cawan craker(Boleh ja guna biskut)
3 sudu gula merah
4 sudu mentega (cairkan)
1 pek krim cheese
Gula
Perasa Vanila 
200ml whipping cream

Cara-cara

1.Buang kulit mempelam.Blend isi mempelam.
2.Bancuhkan gelatin powder dengan air.Kemudian masukkan gula.Kacau sampai sebati sebelum masukkan dalam mempelam yang dah blend tadi.Siap untuk topping cake.
3.Hancurkan biskut.Masukkan gula merah dalam craker atau biskut yang dah dihancurkan.Kemudian masukkan mentega yang dah dicairkan.Siap untuk base cake.
4. Ambil cream cheese,Masukkan gula dan perasa vanila.Gaul sampai berkrim.
5.Lepas tu, pukul whipping cream.Masukkan adunan cream cheese dalam whipping cream dan siap untuk mmasukkan dalam bekas mengikut lapisan.Craker+cheese krim+puree mempelam.
6.Sejukkan semalaman.Esok dah boleh ngapp!

Harap korang belajar sesuatu melalui penulisan tak seberapa ni.Kalau dah cuba boleh la share pic dengan saya diruangan komen, :)

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?