Apa itu GAP Public Gold?
Bulan ni saya ada duit lebih sikit.Jadi terfikir nak beli emas sebab tau dah kalau ada duit memang akan habis macam tu saja. Jadi saya cari En Fairuz Aziz untuk beli GAP. Sebab beli GAP?
.
Gap lebih murah dan kita tak payah simpan. Sebab kalau simpan memang selalunya rosak.Tak pandai jaga.Hihi.Tapi boleh je kalau korang nak simpan sendiri.Nak rasa bestnya pegang emas tu. Cuma setakat 1G tu malas la.
.
So, ini ada sikit info pasal GAP.
Apa itu GAP Public Gold??
-GAP adalah singkatan bagi Gold Accumulation Programme atau bahasa mudahnya program kumpul emas.
-Terdapat juga SAP iaitu Silver Accumulation Programme.
Saya ringkaskan lagi info berkaitan GAP.
❤Boleh bermula dengan RM100 iaitu emas seberat 0.5g ketulenan 999.9. Kumpul sedikit demi sedikit sehingga mencapai gram yg kita mahu. Contoh 10g, 20g, 50g.
❤Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
❤Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
❤Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
❤Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
❤Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
❤Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
Untuk pengeluaran emas dari akaun GAP, kita kena bayar gold premium. Boleh rujuk contoh pengiraannya.
CONTOH
Kalau dalam akaun tu ada 11 gram.Ada beberapa pilihan
PILIHAN PERTAMA
===============
Keluarkan 1gram x 10keping. cajnya RM5 sekeping. Jadi RM5 x 10 = RM50
.
PILIHAN KEDUA
=============
Keluarkan 10gram x 1keping. Cajnya RM10 x 1keping. Jadi RM10x1 = RM10
.
PILIHAN KETIGA
=============
keluarkan 5gram x 2keping cajnya RM5 x2. Jadi cajnya RM5 x 2 = RM10
.
PILIHAN KE-EMPAT
===============
keluarkan 1gram x 5keping (cajnya RM5 sekeping) + 5gram x 1keping (cajnya RM5 sekeping). Jadi cajnya RM5 x 5 + RM5= RM30
Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh contact Tuan Fairuz Aziz (0174425038). Selamat menyimpan emas gais!
.
#lalaashila
#writetolearn

Comments
Post a Comment