Nasihat Jack Ma:Pengasas Alibaba

Mendengar pengalaman dan nasihat orang berjaya adalah salah satu resepi kejayaan. Ada satu nasihat yang baik untuk kita yang ingin menceburi bidang bisnes.Saya kongsikan untuk sama-sama mencari inspirasi.Insya Allah.
.
Sempena Perlantikan Jack Ma sebagai penasihat Ekonomi Digital Malaysia:
Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..
.
 .
Jack Ma berkata:

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.
.
Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap. 
Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.
.
Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud. 
Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.
.
Bila smartphone guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.
Bila wechat dan whatsapp (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.
.
Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.
.
Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."
.
Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.
.
Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA. 
.
Kalau kamu luangkan masa utk BELAJAR, kamu mungkin beroleh KEBIJAKSANAAN.
Kalau kamu luangkan masa utk MEMBACA BUKU untuk majukan diri, kamu akan beroleh PENINGKATAN DIRI.
.
Kalau kamu habiskan masa untuk MINUM, kamu mungkin menjadi seorang PEMABUK.
Kalau kamu habiskan masa MENGOMPLEN, kamu akan menjadi seorang yang SUKA MENYALAHKAN.
.
Kalau kamu luangkan masa untuk MENCANTIKKAN DIRI kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang CANTIK atau lelaki yang HENSEM.
.  
Kalau kamu luangkan masa untuk KEKAL SIHAT, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik. 
Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.
.
Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.
.
Beza antara orang yang berjaya dan tidak ialah bagaimana pintarnya anda menggunakan MASA*.
.

Wilson Jack Ma
Pengasas Alibaba
.
#lalaashila
#writetolearn

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?