Tempat menarik di Ho Chi Minh Vietnam

Seminggu sebelum puasa, #gengtravelkoboi berjaya sampai ke Ho Chi Minh. Setelah harungi macam-macam dugaan pasal tiket dan lain-lainnya.Anyway, ost ni serba sikit pasal trip kali ni. Nak cerita detail pun,banyak dah terlupa.Hihi
.
Kami stay di Lee Backpakers Hostel. Yang ni hostel bilik kongsi dengan orang luar tau. Cuma dia asingkan laki perempuan la. Kalau nak selesa pilih bilik yang cuku-cukup bilangan geng la. Boleh stay sekali.
.
Harga? RM60/sorang untuk 4 hari 3 Malam.Murahkannn?

Tempatt menarik di Ho Chi Minh, Vietnam yang kami cari ada dalam senarai ni:
Ada dengan bayaran sekali.

ATTRACTION
>Mekong River
>Fine Arts Museum (District 1 - fee 15,000vnd)
>Jade Emperor Pagoda (District 1 - free)
>Suoi Tien Theme Park (District 9 - fee 250,000vnd for unlimited pass)
>Dam Sen Park (District 11 - fee RM24)
>Notre Dame Cathedral (District 1 - free)
>Cu Chi Tunnel
-Bus13 from Park Bus Station (7000vnd)
-Bus 79 from Chu Chi Station (5000vnd)
-Ticket 90000vnd
>History Museum
>Bitexco Financial Tower (fee 100,000vnd to go up)
>Central Post Office (District 1 - free)
>War Remnants Museum (District 1 - fee 15,000vnd)
>Reunification Palace (District 1 - fee 15,000vnd for STUDENT)
>Saigon Zoo and Botanical Garden (fee 50,000vnd)
*use taxi VINA SUN or MAILINH only*

Tempat Shopping
>Benh Thanh Market
-Kedai Lyna (seluar jeans)
-Linda Wholesale (jubah/baju kurung/blouse)
-Kedai Thug Duoc (kain
 pasang/lace)
>Malaysian Street
>Saigon Square
>Deretan kedai District 1
>China Town
>Taka Plaza
*RM 1 = 5,000 VND (more or less)*
*>there are money changer near Benh Thanh Market*
*>please activate your oversea bank card*

RESTORAN HALAL
>Restoran Halal Amin (near Benh Thanh Market) *CHEAPEST*
>Basiron
>Musa Ka Riem
>Warung 1 Malaysia Restaurant (near Benh Thanh Market)
>Kampung Melayu Halal Restaurant (near Benh Thanh Market)
>Baba's Kitchen (indian food - nearest from from our hostel)
>Halal Saigon (near Musulman Mosque)
>Pho Muslim (near Nancy Mosque)
>Saigon Green House
>Nha Trang (Lale Coffee)
*can buy cheap mineral from KMART (4000++vnd)*

FAMOUS FOOD
>Vietnamese roll (popia)
>Coffee
>Sup Pho (bihun sup)
>Ban Mi (roti john)
>Lao Hai San (Vietnam Vege Sup with Seafood)
>Bun Thit Nuong (Roast beef rice noodles)
.
.
Kami sempat pergi Sungai Mekong dan ChuChi Tunnel je.Trip separuh hari. Hari kedua kami pergi ChuChi Tunnel.Hari ketiga,pergi Mekong. Yang lain shopping kat Ben Than dan Malaysian street je.
.
 Korang boleh ambil pakej di Bismillah Travel(area Malaysian Street) untuk Sungai Mekong. Kalau nak pergi ChuChi Tunneel, boleh cari agen kat area hostel pun ada.
.
Best la pakej Bismillah ni. Sebab pakej dia sekali makan, tengok kilang gula-gula.Dapat minum madu Free.Naik perahu2 tu.Pastu singgah kilang tudung Naelofar,Bokitta,Ariani bagai tu.Shopping la korang!
.
 Korang boleh tengok gambar kami,biar kasi excited sikit.
.
4 Tahun kat universiti,ini saja yang kekal. Dua ketoi!

Depan Benthan Market.Best gila shopping.Tapi kena buat kering hati kalau part tawar menawar tau!

Lobby hostel.Lobby?Hahaha..boleh la. 

Malaysian Street. Tudung best beli kat sini.Rambang mata. Kalau malam lagi murah tau. Pagi2 mahal. Lagi satu, pasar malam diorang pun area sini saja.

ChuChi Tunnel.Diorang buat apa atas tu? 

Dapat makan ubi kayu kat ChuChi Tunnel.Lain macam sedap dia. Sini panas tau. Tak tau la kenapa. Kalau nak menembak,sini ada lapang sasar.Best juga!

Trip Sungai Mekong tapi ada part naik kereta kuda. Berbaloi la juga.


Trip sungai Mekong, ada part tengok tempat madu. Ada la lebahnya.Cuma lebah dia Islam--tak sengat orang Islam. Kata orang yang bawa tu la.Hihi

Trip Mekong ada gak part makan buah. Okey la.Yang best part performance diorang tu. Nyanyi lagu dangdut kita kot.Haha

Trip Mekong ada gak makan lunch FREE.Korang rasa berbaloi tak?Memang part ni,kami geng yang bantai cukup-cukup..hahah..Lapar kott.

Kami memang makan kat Baba's Kitchen je selama stay sana. Sebab sedap!Kena tekak la.Harga biasa je. Tapi layanan tiptop.Dapat dessert free lagi tau!Cuma,saya sorang je layan dessert dia.Orang lain tak suka.
.
Cukuplah segala cerita untuk trik kali ni.Banyak pengalaman baru yang kami dapat,sebanyak duit yang habis la. Tapi masa yang terluang dengan orang-orang yang kita rasa belong,itu lagi besar nilainya.
.
#lalaashila
#writetolearn


Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?