Jangan Makan 6 Makanan Ini Untuk Elak Sembelit!

Pernah kena sembelit? Aku antara orang yang selalu sembelit. Setiap minggu la. Memang buang air besar tu boleh sampai 2 minggu sekali saja.
.
Jadi hari ni aku nak share 6 jenis makanan yang kita kena elakkan kalau tak nak asyik kena sembelit. Dah la nak membunag tu perit,kan?
.
Ni pun hasil pembacaan dan penglamanan aku juga. Tapi untuk aku, memang tak boleh nak detect pun sangat sebab semua benda aku makan,sembelit juga. Hahaha..


Tapi, kenapa boleh jadi sembelit? Apa penyebab sembelit sebenarnya?
.


1. Mungkin kekurangan air. Kalau korang pun spesis aku yang susah minum air kosong mungkin ini salah satu punca utama la.
.
2. Stress atau terlalu sibuk. Ini pun mungkin salah satu punca juga. Gaya hidup yang padat dengan aktiviti pun boleh jadi punca sembelit.
.
3. Seterusnya,mungkin pola makan atau diet yang buruk boleh jadi penyebab sembelit. Dan dalam entri kali ni aku nak share makanan apa yang boleh jadi punca sembelit. Jangan kerap sangat makan-makanan ni kalau tak nak susah membuang.



1. Makanan fast food: Makanan fast food memang orang ramai dah sedia tahu tak bagus pun untuk kesihatan. Kalau kita yang suka makan makanan fast food macam burger atau pizza boleh jadi penyebab sembelit la. Makanan fast food ni ada serat dan kalau kita ambil selalu boleh jadi sembelit. Lagipun, makanan macam ni dah hilang habis semua nutrisi dia.






2. Biskut: Selain sembelit, biskut pun boleh jadi punca bertambah lemak kat peha awak tu ye. Sebab biskut ni ada kandungan gula dan lemak yang tinggi. Jadi kalau nak makan, kena ambil buah dan sayur juga baru boleh imbang balik kandungan gula dalam biskut.




3. Daging merah: Tahu tak? Perut kita perlukan 90 jam untuk mencerna sebahagian daging merah yang kita makan.  Lagi satu, kalau nak makan daging..ambil la dengan sayur-sayuran untuk bantu proses pencernaan sama. Kalau tak memang boleh kena sembelit la. Lagi-lagi kalau makan hari hari. Jangan la order daging masak merah je hari-hari kak oii.




4. Kafein: Kopi boleh menjadi penyebab dehidrasi badan. Malangnya bila badan terhidrasi tu la yang boleh jadi penyebab sembeli. Susah nak membuang. Boleh minum tapi jangan amalkan selalu.Kalau kes aku ni, macam kena stop minum kopi kejap. Dah dua minggu tak buang. Rasa penuh perut dah ni. Hihi.








5. Makanan berminyak: Makanan berminyak bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi makanan ni juga boleh kacau sistem penghadaman korang. Sekarang memang aku kena amakan ikan bakar je. Risau wei, asyik sakit bila membuang. Keras.




6. Produk susu: Ada orang cakap, minum susu boleh bantu penghadaman, aku tak sure. Sebab kalau minum susu pun sama ja. Sembelit juga. Cuma dulu aku ada try susu kurma Fresh farm. Okay juga kalau tengah tak boleh membuang tu. Membantu la. Cuma untuk tips yang aku baca, better makan yogurt untuk gantikan susu semasa breakfast kalau nak sistem penghadaman yang baik.






Untuk mencegah sembelit,  sebaiknya ikut tips berikut ini:

1. Jangan menunda-nunda buang air besar. Kalau rasa tu, terus pergi toilet. Kalau tak memang jadi keras. Dan tak bagus juga, boleh jadi puncaa naik jeerawat.

2. Minum air. Tak perlu banyak, cuma biar cukup. 8 gelas minimum.

3. Buang air besar secara rutin, dengan waktu yang tetap contohnya waktu mandi pagi.

4. Bersukan. Aktif sikit. Jangan malas.

5. Jangan guna ubat berak. Terlalu bergantung pada ubat pun tak bagus tau. Tapi aku, kes makan ubat pun tak jadi apa.

Cukuplah setakat ni tips ringkas aku.

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana prosedur dan cara pemeriksaan tukar milik kereta di PUSPAKOM?

Cara Jadi Agen Public Mutual

Bagaimana Proses Tukar Milik Kereta Di JPJ?